-->

Followers

Wednesday, June 20, 2012

siapa lelaki idaman kamu wahai wanita


Setiap kali membaca nota-nota harapan adik-adik muslimah muda terhadap 'bakal' imamnya, saya pasti tersenyum. Indah dan manisnya harapan mereka hingga seolah-olah sebalik dari itu semua bagai tidak akan menjengah kehidupan nantinya.

Adik-adik, ingin ku titip sedikit pesanan, tentang siapa lelaki idaman yang kalian impikan sebagai imam dan pemimpin kalian :

1-Suami yang menawan buat seorang isteri, bukanlah yang kacak paras rupanya, tetapi yang membuat isterinya merasa tercantik di dunia.

2- Suami yang gagah buat seorang isteri bukan yang kekar otot tubuhnya, tetapi yang sudi mendengar, memahami dan mendidik penuh sabar.

3-Suami yang soleh buat seorang isteri bukan yang paling banyak ilmu agama, juga kerap ibadahnya, tetapi juga yang paling mulia akhlaknya.

4- Suami yang baik untuk seorang isteri, bukan yang tidak pernah berprasangka dan marah, tetapi dia yang prasangka tidak mengalahkan budipekertinya, yang kemarahan tidak mengunci pintu maafnya.

5- Suami yang mewah buat seorang isteri, bukanlah yang mampu membelikan segalanya, tetapi yang ada di sisi di setiap tawa dan tangisnya.

6- Suami yang kaya untuk seorang isteri, bukan yang banyak hartanya, tapi yang tetap mengungkapkan syukur serta berterima kasih atas khidmat bakti isterinya nan tercinta.

Alhamdulillah, mendapatnya seperti telah beroleh syurga sebelum syurga :))

1 comment:

Dba Dealova said...

good entry.bagus untuk perkongsian bersama :)